Monday, April 4, 2011

194. Lobak Putih Masak Bening

Heran jugak kjee apabila ramai yang kata tak pernah masak lobak putih. Sebenarnya, lobak putih ni elok untuk perempuan dalam pantang kerana ia membersihkan susu badan yang kita beri kepada baby. Wallahualam. Kalau tak percaya tanyalah orang2 tua.

Kjee memang suka sangat makan lobak putih. Ada yang kata pahit atau baunya maung. Hmm kalau kita dah biasa makan, takkan ada bau2 cam tu. Bau maung memang ada tapi pahit, ntahlah!

Lobak putih dikatakan sangat berkhasiat untuk orang yang ada batu karang. Orang Cina banyak makan sayur ni masak sup.

Cara nak buat ubat untuk pecahkan batu karang ialah sayur lobak tu disagat/parut, perah airnya dan minum. Rasanya ya rabbi tak sedap tapi ia boleh memecahkan batu karang. Bukan yang dalam laut tu tapi yang dalam buah pinggang.

Mulalah nak melalut. Ok kita masak bening ari ni.





BAHAN2NYA:
1 batang lobak putih (cari yang slim..yang gemuk bersarang isinya)
2 ulas bawang putih diketuk
1 sudu kecik udang kecing dicuci dan tos. (ikan bilis pun boleh)
1 kiub ayam pati knorrs (dulu tak pernah guna tapi tak tau kenapa sekarang guna)
serbuk lada hitam
garam & aji






CARA MEMBUATNYA:

Buang kulit lobak sama seperti buang kulit carrot, pastu potonglah bulat selebar ½ inci. Pastikan sama je saiznya supaya masak nanti sekata. tumis bawang putih. bila sudah wangi, masukkan air dan udang kering/ikan bilis dan kiub pati ayam. Bila melegak, masukkan lobak putih dan biarkan ia lembut. Pastu bubuhlah lada hitam serbuk, garam, aji ikut rasa. taburkan daun bawang masa hidang. Kalau ada stok, kjee bubuh tahu telor jepun. Tapi ari ni tak de. Potong bulat2 tahu yang warna kuing tu dan masukkan sebelum api dipadam.








Related Posts:

  • 148. sup tulangOrang lain buat sup tulang banyak bahan2nya tapi kjee simple jer. Tapi kalau nak cuba, silalah. Kjee memang malaslah nak masak bubuh banyak bahan. Walaupun ala kadar jer, janji sedap kan?  BAHAN2: 1kg tulang yang ada is… Read More
  • 106. oxtail stewdah tiga entry serius, kali ni kita cerita lak pasal makan. kjee nak syorkan korang try buat oxtail stew ni. menu ni versatile. boleh guna ekor lembu ataupun daging lembu or tulang lembu yang ada daging. sama jer cara memasak… Read More
  • Ayam Panggang +Sup Cendawan + Salad Menu sihat ker Kjee sediakan untuk berbuka hari ini? Entahlah. Ayam dipanggang, sihat kot. Fresh Mushroom soup Kjee buat guna low fat milk dan sedikit heavy cream sementara Salad, kalau tidak diklasifikasikan sebagai … Read More
  • 177. Szechuan Hot N Spicy Soup Kjee selalu makan soup ni kalau restoren Chinese muslim. Tapi bahan2 yang dia orang gunakan tak sama. Selalu dia orang bubuh sayur sawi jeruk bahagian batangnya yang putih dan rangup tu. Ala sawi jeruk cina yang ada orang b… Read More
  • 100. steamboat menu sihat hujung minggu steamboat adalah makanan  kegemaran kami tiga beranak setiap hujung minggu. banyak tempat orang rekemen tapi kjee ni cerewet sikit bab sup dan juga pilihan seafood dia orang. ada yang buat secara buffet tapi yang dilebi… Read More

2 comments:

  1. mala suka ni. selalu guna ikan bilis. cumanya jarang buat sebaba sorang saja yang makan :-(

    ReplyDelete
  2. sejak tgk resepi bening ni kt fb fauziah, lobak putih nisentiasa ade dlm p.sejuk akak..trima kasih bebanyak fauziah..

    ReplyDelete